Assalamualaikum..
Untuk
Bakal isteriku..
Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di
dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula
mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh
nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya.
Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku."Aku
awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana
diselubungi jahiliyah.
Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu.
Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini. Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie.
Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita."

Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk
makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku
khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan
ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah
kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan
kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu
bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku
pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa
cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan
mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah
dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah
pasti ku pegang dalam misi mencari dirimu.
"Wanita yang baik adalah
untuk lelaki yang baik"
Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta.
Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di
sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana
engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai
aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar
aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri
doa diperlindungi diri.Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang
dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita.
Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar
mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak
perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur
ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah
sebagai makanan dan akhlak seindah budi."Kahwinilah isteri kerana empat
perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama,
engkau tidak akan menyesal.”
Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan
ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan
ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad
nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita
mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah
sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang
menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin.
Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari
dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian
agamaku.
Dariku,
Bakal suamimu.
Dipetik daripada sepaku.net
I luv Islam..
Amin.. Semoga Bakal Isteri Akhi membaca warkah ini..
ReplyDeleteAmin..
ReplyDelete