Sunday 5 August 2012

Cinta Dalam Islam : Perihal Tentang Jodoh



Kebanyakan daripada kita apabila berfikir soal jodoh, pasti akan tercetus rasa takut walaupun sedikit. Mana tidaknya, kita memikirkan tentang siapakah jodoh kita, bagaimana agamanya, akhlaknya, keluarganya, dan seribu macam persoalan lagi.

Persoalan saya, kenapa kita takut?

Hakikatnya ialah, kita takut kerana kita tahu diri kita ini tidak seberapa. Tidak sempurna. Banyak cacat-cela. Sedangkan da
lam masa yang sama, hati ini mendambakan pasangan yang serba-serbi lengkap. Agama. Cantik. Hensem. Cerdik. Berharta. Dan berbagai-bagai lagi permintaan. Jadinya, kita takut kalau-kalau pasangan kita pun macam kita.

Semua itu dalam tanpa sedar, telah menjauhkan keyakinan kita terhadap janji Allah s.w.t. iaitu lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik.

Seeloknya, jika kita mengidamkan pasangan yang baik dan sempurna, kita hendaklah memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik. Lengkapkan diri dengan segala kebaikan. Upgrade supaya lebih bagus dari hari ke hari. Insya-Allah, Allah tidak akan mengecewakan hamba-Nya. Bahkan Dia tidak akan memungkiri janji-Nya.

1 comment: