Wednesday 11 November 2015

Warkah Wanita Akhir Zaman




Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di mata mu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya akan menjadi milik mu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan begitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbangan ku kepada manusia selama hidup di muka bumi ini? Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandangan ku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadi ku kerana itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suami ku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik? Tidak ku nafikan sebagai wanita, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi.

Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diri ku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untuk mu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suami ku untuk menerima hati dan perasaan ku yang suci. Bukan hati yang menjadi perlabuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diri ku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat lelaki-lelaki berhidung belang ingin mendekati diri ku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi mereka tetap tidak berputus asa. Aku merasa seolah-olah kehidupan ku yang tenang ini telah dirampas dari ku. Aku bertanya-tanya apakah aku berada di tebing kebinasaan?

Aku beristighfar memohon ampunanNya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan. Kehadiran mereka membuatku banyak memikirkan tentang diri mu. Kau ku rasakan seolah-olah wujud bersama ku.

Di mana saja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki-lelaki yang menggodaku itu bukan diri mu. Malah aku yakin pada gerak hati ku yang mengatakan lelaki penggoda itu bukan teman hidup ku kelak.


Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud dimana-mana. Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad S.A.W yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

2013

Baitul Muslim 1.0 - Pesanan buat yang belum kahwin


Nota untuk orang bujang.
[KAHWIN]
Pesanan buat yang belum kahwin.. kita hanya akan benar-benar mengenali seseorang SETELAH KAHWIN dengannya, tidur sebantal, makan sepinggan, duduk sebumbung. Baru tahu masa itu dia tidur berdengkur, baru tahu rupanya jenis lepas berak tak reti flush, baru tahu cepat stress kalau ada masalah.. baru tahu pemarah apabila ditegur.. baru tahu.. baru tahu..
Bercinta hatta 10 tahun, gayut tiap2 malam, dating tiap2 hari BELUM CUKUP untuk mengenali seseorang.
Kahwin bukan hanya tentang dating halal, snap gambar romantik dapat konvo sama2, boleh pegang2 tangan, boleh makan bersuap, semua yang sweet2 manis2 (sampai diabetes katanyaaa), everything goes smooth all the time & live happily ever after.
Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH drp kawan yang baru kahwin.. itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kpd dunia.. realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan.. siapa yang tahu?
Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah2 tanpa memikirkan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang bakal dipersoalkan.
Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk 'elak maksiat' saja TIDAK CUKUP untuk kahwin segera. Sebab jika masa bujang gunakan alasan kahwin untuk pelihara maruah bagaimana kamu yakin kamu dapat menjaga maruah selepas nikah?
Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau bertahan dengan ujian yang kecil/sedikit, bagaimana kamu jangkakan untuk bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar/banyak selepas berkahwin?
Bersediakah kamu.. pulang kerja penat, lapar, mengantuk tetapi BERSABAR apabila isteri tak masak sebab alahan mengandung/anak meragam.. bolehkah kamu TETAP TERSENYUM, menyinsing lengan memasak di dapur kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, urus kencing berak & mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya? Basuh, lipat baju yang menimbun? Atau kamu akan sengaja pulang lewat sebab mahu lari dari menjaga anak-anak & makan sahaja di luar?
Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup, bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang, realiti anak mahu mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar & lesu yang amat? You are giving your life for your children. JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan aman selagi anak masih kecil..
Apabila kamu membentak marahkan orang tua.. kenapa susahkan orang nak kahwin.. padahal kamu tidak sedar. Ibubapa sedang mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga & ibu rumahtangga itu tidak mudah!
Tak sedikit yang rumahtangganya runtuh disebabkan masalah KEWANGAN, TIDAK FAHAM & TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, TIADA KEPERCAYAAN, PERSEFAHAMAN dan lain2, walaupun asalnya perkahwinan itu diawali atas dasar cinta yang mendalam.
Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin.. Untuk menjayakan hidup berumahtangga.. Cinta saja tak cukup rupanya.. barulah kita sedar quote 'rezeki setelah nikah' itu perlu diusahakan & disertakan dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam mulut.
Cuma ketika itu baru kita sedar.. betul apa mak ayah kata... "cinta saja tidak cukup...."
Credit to : 
Puan Nazirah Nur Mukmin

Monday 25 May 2015

Kisah nya bermula di sini



Telah jauh kembara ku mengenal dunia. Cinta? Itu tak asing lagi bagiku. Melalui hidup yang penuh dengan berliku, itu asam garam hidup ku. Bahagia, itu tiada di dalam kamus hidup ku. Tapi itu dulu sebelum dia hadir dalam hidup ku. Aku bagaikan pelabuhan usang yang sepi dan terlupakan. Jauh sekali bahtera megah dan mewah untuk merapat di perlabuhan usang ini. Aku tak pernah berharap semua itu terjadi. Cukuplah hanya memandang indah semua itu berlalu dan pergi. Semuanya tak ubah bagai angin yang menerpa dan tiba masanya di lupakan.

Pernah dulu sebuah bahtera yang penuh kekosongan singah. Tapi tak mampu bertahan lama, hadirnya cuma mengisi kekosongan dan bila semuanya telah di milikinya, dia pun berlalu meninggalkan senyum dan tawa yang pernah di ukirnya saban waktu dulu. Hadirnya pada pelabuhan usang ini, banyak memberi pengajaran dan meninggalkan luka yang amat pedih dan dalam.

Waktu kian berlalu, masa kian berlari, sedikit demi sedikit luka yang pernah di ukirnya dulu kian kering. Tak pernahkah di sedari olehnya, hati di dalam genggamnya hancur musnah tiada terperi. Kenapa singah dahulu andai cuma tahu mengukir luka?. Telah ku ingatkan sejak awal lagi, yang kau tak akan mampu bertahan di sini. Kau nafikan semuanya. Katamu, cinta yang kau bawa ini terlalu sempurna untuk membuktikan yang kau terindah dari pernah ada. Tapi akhirnya kau gagal dengan kata kata mu, dengan sumpah janji setiamu.

Kau gagal untuk membuktikan yang kau terindah dari yang ada. Kau tinggalkan aku tanpa sedikit rasa berdosa. Tanpa kau kenang kembali semua kata peringatan ku atas mu dulu. Dengan ego kau berkata, kita tak mampu tuk bersama. Dengan yakinnya kau melangkah pergi seolah olah aku yang mengetuk hati mu awal dulu. Terima kasih untuk semua. Kerana mu aku banyak belajar dari rasa sakit yang kau cipta ini. Sepenuhnya kau ku lepaskan dari hidup ku. Kibarkanlah layar megah mu itu. Berlayarlah kau kembali ke samudera yang biru, yang penuh dengan teka teki. Di sini aku telah temukan takdir dan hati yang sangat tulus untukku.

Kisahnya teramat lucu teramat indah. Bermula dari jauh nun di sana. Pelabuhan usang ini di perhatikan oleh sebuah bahtera yang megah dan indah dari kejauhan. Menghantar isyarat yang seakan akan boleh ertikan. Tapi tak ku hiraukan. Tanpa rasa menyerah lalu di utuskan nukilan yang teramat panjang untukku.


Kisah nya bermula di sini.