Friday 3 August 2012

Dunia Akhir Zaman : Jahilliyyah Kurun Ke-20



Sebenarnya kedudukan masyarakat kita pada hari ini saling tak tumpah dengan masyarakat Jahiliyyah di masa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Undang-undang kufur hasil peninggalan penjajah yang diterapkan hari ini, selain terbukti gagal untuk melahirkan masyarakat yang luhur, sebenarnya adalah punca kepada segala masalah. 

Jika kita menyesuri sirah, tatkala baginda Sallallahu ‘alaihi wa Sallam diutus, masyarakat saat itu berada dalam keadaan porak-poranda. Membunuh anak perempuan hidup-hidup sudah menjadi tradisi, pelacuran ada di mana mana, perempuan di hina dan hanya merupakan ‘alat’ untuk memuaskan seks, pergaduhan dan peperangan sering terjadi hanya kerana hal yang remeh-temeh, assabiyyah (bangsa/perkauman) dan wathaniyya (patriotisme) merupakan suatu kebanggaan dan sanggup dijaga dengan darah, sistem ekonomi yang menipu timbangan berleluasa dan pelbagai lagi kerosakankerosakan lainnya menjadi norma kehidupan ketika itu. 

Pada hari ini, kita menyaksikan perkara yang sama berlaku di Malaysia dan juga negara-negara umat Islam yang lain. Kes pengguguran dan pembuangan bayi (samada hidup atau mati) sudah menjadi ‘tradisi’, pelacuran dan perzinaan bermaharajalela, pembunuhan berlaku di mana mana, assabiyyah dan wathaniyyah yang jelas-jelas haram dijadikan agenda perjuangan oleh banyak golongan, termasuklah para pemerintah.

Inilah hakikat masyarakat kita sekarang, hukum Jahiliyyah dipegang, hukum Islam dibuang..!!

No comments:

Post a Comment