Sunday 2 December 2012

Sembilan Untukku, Satu Buatmu



Wahai dikau pemilik persona yang mendamaikan,
Maafkan aku kiranya nukilan ini membuatmu jauh hati padaku

Aku tahu kamar hatimu terbuncang tulus kasih yang tak berbelah bahagi,
Aku tahu kerana aku juga begitu.
Aku tahu raudhahmu sarat kuntuman cinta yang harum mewangi,
Aku tahu kerana aku juga begitu.

Padamu selalu aku bisikan, dalam senda beralas, dalam gurau berbalas.
Bukan aku tak bersedia menerimamu sepenuhnya,
Bukan aku tak bersungguh denganmu seadanya.
Tapi itulah kata syariat, itu jugalah kata adat.
Langkah harus beringat, berkasih biar bertempat

Bagiku telah difitrahkan sembilan akal bak pahlawan,
Dan satu nafsu yang tidak terlawan,
Bagimu sembilan nafsu yang mudah ditawan,
Dan satu akal yang berpangkat bawahan

Bukan ini diskriminasi ilahi
Tapi itulah anugerah yang sangat berseni
Terciptanya kamu dari serpihan penuh rahsia
Yang mohon dituntun penuh waspada

Barang kau ingat wahai puteri
Sembilan akalku nakal tidak terperi
Satu nafsuku itulah raja, akalku pula setia bekerjasama
Sembilan akalku sedia berpadu,
demi memenuhi nafsu yang satu.

3 comments:

  1. salam. sangat terkesan dan perenggan bawah sekali tu agak menakutkan, mungkin boleh jadi peringatan pd si gadis.
    btw, nice!

    ReplyDelete
  2. andai si gadis mengerti maksud disebalik kata-kata ini....insyaAllah...semoga tidak terbawa oleh hawa nafsu keperempuanan yang ingin dihargai dan disayangi...itu fitrah...tapi perlu dikawal...moga2...amin... :) TQ admin.

    ReplyDelete
  3. Yee...sangat terkesan... Sangat mendalam maknanya..
    Bila baca..rase tergetar kat hati..
    Sesungguhnya wanita tu lemah kan..sangat lemah bila melibatkan soal hati..

    ReplyDelete