Perkahwinan merupakan salah satu
tuntutan Islam yang wajib sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai
kelayakan dan cukup syarat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang
suami ataupun isteri. Dalam masyarakat kita pada hari ini, tidak ramai yang
memilih untuk melaksanakan perkahwinan dalam usia yang muda. Muda disini adalah
dalam lingkungan 20-24 tahun.
Usia sebegitu seringkali dianggap
sebagai belum cukup dewasa atau matang bagi memenuhi tuntutan dalam
perkahwinan. Namun ianya bukanlah satu masalah yang tidak boleh diselesaikan.
Terdapat beberapa tips bagi mereka yang ingin mendirikan mahligai perkahwinan
seawal usia 20-24 tahun.
Berikut adalah tips-tips yang
boleh anda cuba ikuti :-
1- Anda harus menonjolkan akhlak
dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang
sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk
‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.
2- Tunjukkan kematangan anda
dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan
mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting
bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.
3- Jaga ibadah dan amalan sebagai
seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan
amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar
pasangan suami isteri.
4- Beritahu keluarga dan
orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah
berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan
adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang
Muslim.
5- Anda juga perlu menunjukkan
sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa
anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan,
side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan
untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time)
ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan
kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda.
6- Buat pasangan yang masih
belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan
anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda
sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda.
InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik.
7- Jalankan tugas dan
tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi 'membeli' kepercayaan
dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab
sekiranya berkahwin kelak.
8- Anda perlu bijak dalam
melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin
seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di
atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam
perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik
dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.
9- Sekiranya cadangan dan
permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan
kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan
keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan
menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.
InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment